Aluan Guru Besar


 

Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Syukur alhamduillah kerana dengan izin Allah dapatlah saya menyampaikan hasrat saya kepada guru-guru dan warga sekolah semua demi untuk meningkatkan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Mangkok. Saya merasa amat bangga kerana mempunyai guru-guru yang sangat komited dalam menjalankan tugas tanpa mengenal penat dan lelah dalam mendidik anak-anak murid yang pelbagai kerenah. 6 aspirasi murid yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) adalah merupakan salah satu hasrat dan harapan kerajaan agar murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu walaupun banyak pihak yang dipertanggungjawabkan dalam mencapai hasrat PPPM ini, guru dan pemimpin sekolah adalah satu-satunya orang yang lebih memahami siapa murid dan sekolah berbanding orang lain. Pencapaian murid seramai mungkin untuk mendapat 6A dalam UPSR memanglah menjadi hasrat dan kebanggaan kita semua termasuklah ibubapa. Walaupun begitu kita janganlah lupa kepada murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Asuhlah, bimbinglah, didiklah mereka dengan penuh berhemah dan rasa kasih sayang, jangan pinggirkan mereka kerana mereka juga inginkan kejayaan dan kecemerlangan. Pembentukan sahsiah dan jati diri murid juga terletak di bahu para guru. Disiplin dan akhlak murid yang terpuji akan terserlah sekiranya semua guru menganggap dirinya adalah guru disiplin, yang tidak hanya mengharapkan guru-guru tertentu sahaja yang mengambil tindakan disiplin. Saya mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada para guru, warga sekolah, PIBG, ibubapa dan komuniti kerana telah Berjaya meningkatkan peratus Gred Purata Sekolah (GPS) kepada 1.79 dalam UPSR tahun 2013. InsyaAllah kita akan dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada tahun ini samaada dalam kurikulum, ko-kurikulum ataupun dalam aktiviti apa pun yang kita sertai. Semoga setiap kerja buat kita akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Amin…

Sekian terima kasih.

Hjh Maimun binti Mamat,
Guru Besar SK Mangkok