Pertandingan Program Pendidikan Kebersihan 2012

Pertandingan Program Pendidikan Kebersihan 2012 Peringkat Daerah Setiu telah diadakan pada 25 September 2012 yang bertempat di PPD Setiu. Pelbagai kategori telah dipertandingkan. SK Mangkok telah menyertai pertandingan dalam kategori mewarna - Murid Perdana, Murid LINUS dan Prasekolah. Manakala 2 orang wakil turut bertanding dalam kategori pidato Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. SK Mangkok turut menghantar 2 pasukan koir - Koir SK dan Koir Prasekolah untuk turut sama memeriahkan pertandingan dalam kategori Koir Pendidikan Kebersihan.

Apa yang penting...kerjasama....

Ceria.....

Ceria lagi...

 Koir...

 Mewarna..

Pidato...

Keputusan bagi Kategori Koir Prasekolah
1. SK Kg Rahmat
2. SK Mangkok
3. SK Kg Buluh

Koir SK
1. SK Penarek
2. SK Kg Buluh
3. SK Mangkok

Keputusan bagi kategori lain akan diupdate kemudian...

Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan yang dicapai... Tahniah dan Selamat Berjaya buat 2 wakil Koir Presekolah - SK KG Rahmat dan Koir SK - SK Penarek yg akan bertanding di Peringkat Negeri Terengganu pada 2 Oktober 2012....


 



Perkhemahan Tahunan SK Mangkok 2012

Perkhemahan Badan Beruniform SK Mangkok telah diadakan bermula 20 - 22 September 2012.


 Perkhemahan Badan Beruniform SK Mangkok 2012

 Ceria berkhemah

 BBQ

 Malam Kebudayaan

Pertandingan Memasak
 
Hasil kreativiti peserta-peserta perkhemahan

Program Tuntung Mangkok Emas Setiu - SK Mangkok VS WWF

Satu program yang dianjurkan oleh WWF bersama SK Mangkok dan penduduk Kg Mangkok amnya telah diadakan pada 21 September 2012. Program yang dinamakan Tuntung Mangkok Emas Setiu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang peri pentingnya membantu mengelakkan tuntung-tuntung daripada pupus.

 Penerangan berkenaan tuntung

 Pengalaman memegang hidupan istimewa

 Bersama sayangi tuntung kita

 Ceria!!!

 Selamat berjuang wahai tuntung-tuntung yang kami sayangi..

GOOD LUCK!!!

Calon-calon UPSR SK Mangkok 2012 akan menghadapi UPSR 2012 bermula 11 - 13  September 2012..Seramai 23 orang calon akan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari selama ini dalam usaha memperoleh 5A...InsyaAllah....

1.AHMAD SYAHID MUSTAQIM BIN MOHD KAHAR
2.DANIEL HAKIMI BIN FAUZAI
3.MOHAMAD ZULHILMI BIN MOHD ZUKI
4.MUHAMMAD HAFIZ BIN HARIFIN
5.MUHAMMAD NUR SYAKIR BIN ELIAS
6.MUHAMMAD RIDHWAN BIN GHANI
7.MUHAMMAD SHAQIL IQWAN BIN ROSMADI
8.NOR ALIESYA BINTI YAHAYA
9.NORLELA SARI BINTI AZMI
10.NORMAZIATUL SYAFIKAH BINTI AZUAN
11.NUR ALIA SYAFIQAH BINTI ZURAINI
12.NURFARAHIM BINTI JUSOH
13.NURR AYUNI NADHIRAH BINTI MOHD KADRI
14.NURUL EZZAH BT MUHAMMAD
15.PUTERA HADI BIN ELWIS
16.SAYED KAMAZEE BIN SAYED SEPULAILA
17.SITI MARYATUL QIBTIAH BINTI MOHD ZAMZAMI
18.SITI NUR HIDAYAH BINTI MOHD RASIB
19.SITI NUR HIDAYU BINTI MOHD RASIB
20.SITI RADIATUL AINI BINTI RAMLY
21.SITI SYAHIRA BINTI SHAUTI
22.SYAHIBA BINTI ZULKIFLI
23.WAN KHAIRI AIZAT BIN WAN ZAHARI




The ultimate chocolate experience - Koko Krunch

Terima kasih yang tidak terhingga dan penghargaan daripada kami warga SK Mangkok buat pihak Nestle Products Sdn Bhd kerana sudi berkongsi keenakkan Koko Krunch - great chocolatey taste.....


Koko Krunch...best!!!!


Terima kasih daun keladi....
sudi-sudikanlah datang lagi.....


Konvoi Merdeka


Program Konvoi Merdeka  ini melibatkan murid-murid Tahap 2 dan sebahagian daripada murid-murid Tahap 1.Murid-murid membawa basikal masing-masing dan berkonvoi dari SK Mangkok mengelilingi Kampung Mangkok dan seterusnya berakhir di Kuala Baru. Murid-murid yang berkonvoi diiringi guru-guru dan anggota polis dari Balai Polis Penarek. Aktiviti-aktiviti seperti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Kemerdekaan dijalankan bersempena Sambutan Kemerdekaan ke-55. Konvoi berakhir dengan jamuan makan tengahari.




Konvoi Merdeka


Gotong-royong menyiapkan juadah

Merdeka!!!

Merdeka!!!!!

Chef-chef SK Mangkok sedang mempamerkan skill tersendiri

Selamat menjamu selera.....

Lambaian Merdeka..


Ceria berkonvoi...


apa yang penting.... kerjasama...

ketibaan Konvoi Merdeka

Kain Rentang - Kami Anak Merdeka

SK Mangkok telah menyediakan kain rentang - Kami Anak Merdeka, bersempena Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012. Kerjasama semua warga SK Mangkok dalam menyiapkan kain rentang ini amatlah dihargai....





Pemantauan Prasekolah JPNT

Prasekolah SK Mangkok telah menerima kunjungan En. Zakaria bin Muda, pegawai dari JPNT yang membuat Pemantauan Pengurusan Terbaik Prasekolah peringkat Negeri Terengganu. Selamat berjaya!!



Perjumpaan Ibu Bapa Murid-Murid UPSR 2012

Satu perjumpaan Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 6 telah diadakan bagi membincangkan persediaan terakhir yang perlu disediakan buat calon-calon UPSR yang bakal menghadapi UPSR kurang 2 minggu lagi. Perkara-perkara lain seperti Kem UPSR yang akan diadakan pada 6-8 September, sembahyang hajat,pengisian rohani serta pencapaian terkini calon-calon UPSR turut dikemukakan. Semoga kejayaan mengiringi anak-anak kita sekalian... Amin...


Taklimat PBS JPNT

Satu taklimat berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diberikan oleh Pegawai Meja PBS, JPNT, En. Mohd Nor Awang. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian En. Mohd Nor Awang yang sudi meleraikan kekusutan berkenaan PBS pada kami, guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pengoperasian PBS ini. Segala tunjuk ajar akan kami praktikkan sepenuhnya agar pengurusan pengoperasian PBS SK Mangkok dapat dilaksanakan dengan betul dan cemerlang. TERIMA KASIH.